Pages

18 November 2018

Chekup Amna 9 Bulan Klinik Desa Pandan



Amna & ayoh cik 

Sengih- sengih tengok kawan nangis naik atas penimbang 

Dia seperti biasa rileks je ahaha.Cucuk pun wat derk je.

Alhamdulillah..
Dah 9 bulan anak akak yang bongsu . Cepat nya ,  besar dah awak .

Macam- macam dah pandai .

Yang terbaru  masuk je 9 Bulan ,dah pandai merangkak dan jalan sekaligus.

Awal sangat awak nih.

Penatlah ibu mengejar lepas nih.Ok, lah asalkan  sihat.

Bila dalam fasa nak jalan nih. Risau satu je , takut abangnya tolak . 

Kadang abangnya nak gurau tapi tak pandai lagi. Baru 3 tahun lebih si abang.

Adik pun jalan laju  bila nampak abangnya . Mulalah badan tak stabil.

Risau juga jatuh kepala .Dah lah lantai mozek huhu.

Sempatlah tanya nurse chekup kali ni. 

Biasanya umur berapa anak faham tak boleh masuk barang dalam mulut?, katanya dalam setahun biasanya anak faham dah kita tegur.

Harap- harapnya macam tu lah.

Tiga kali dah nih hampir telan benda kecik.Rezeki Allah bagi ilham . Nampak pelik je mulut dia macam mengunyah cepat- cepat chek .

Letih , takut , risau macam - macam lah ada ketika fasa nih.

Moga Allah lindung dari benda tak elok.

Bestnya chekup petang tak perlu tunggu lama- lama.Sampai je terus panggil dan cucuk untuk 9 bulan.Alhamdulillah.Berat dah 6.8 kg.Keluar dah dari garisan kuning. 

Sebelum ni masuk garisan kuning.Ni dah macam- macam makan ,cepatlah naik  badan dia.Memang tak memilih sungguh makan yang nih .

Jumpa untuk cucuk setahun pula yea nurse.

Love, 
Eyda Rashid
Ibu yang sedang belajar bersabar


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Catatan Nor © . Designed by MaisarahSidi.com