Mama Eyda: Aqil Story :Ceraikan Susu Badan

10 June 2017

Aqil Story :Ceraikan Susu Badan

Bulan 4 yang lepas cukup Aqil 2 tahun susu badan sepenuhnya. Berjaya juga! Alhamdulillah.Tahniah untuk diri sendiri.

Eh! Tetiba..hehe.

Sepanjang 2 tahun ni, 24 jam lah bersama ibu dia.Untunglah ibu dia WAHM, kalau ibu dulu,  tak dannya 2 tahun.Tok Mi kata sempat 6 bulan je ibu dulu. 

Biasalah, Tok Mi  bekerja, dengan anak rapat- rapat pula.Nak mudahkan urusan bagi susu tepung.

Sepanjang susukan Aqil,alhamdulillah  apa Eida perhatikan anak bf ni susah demam. Kalau demam pun alhamdulillah cepat sembuh.

Mungkin sebab Eida memang pengamal vitamin c shaklee.Ibu makan, anak pun dapat manfaatnya sekali.Jimat dah situ.

Bf ni untungnya sebab tak yah  pening2 nak tukar- tukar susu bila perut anak dah tak ngam dengan mana- mana susu. Belanja pun jimat.Duit tue boleh  buat simpanan masa depan anak.

Manfaat lain bila bf ni,ibu dan anak pun sedap tido.Kan ibu2..hehe

Jangan salahkan kami yea kalau kerja rumah pending, hormon gumbira oxitoxin yang buat..ngeh2

Paling penting bonding antara ibu dan anak makin rapat.

Berbalik kepada tajuk...

Dugaaan nak putuskan susu anak bf ni ketika anak nak tido.Merengek nak susu. Kadang bukan minum pun cuma nak rasa kehadiran ibu dia.

Sebaiknya jangan buat secara drastik.Bagi masa dekat anak.Kesian kat anak dan kesian juga dekat kita,bengkak susu kan nanti..huhuhu

Eida ambil masa dekat 2 bulan selepas besday Aqil bulan April yang lepas.

Dalam 2 minggu bulan pertama.Eida cuba elakkan dia bf waktu siang. Bengkak jugalah susu.Kalau bengkak sangat Eida bagi je sekadar hilangkan bengkak tue, ataupun perah dengan tangan.

Lama kelamaan susu berkurang.Tak sampai seminggu rasanya bengkak susu.
Lega lah sikit susu dah berkurang.Dalam masa yang sama bagi makan banyak- banyak dan bagi susu tepung dengan cawan.

Kadang siang dia nak juga bf , nampak je tanda, cepat- cepat letak bawang putih. Boleh tahan baunya, ibunya sekali pening. Ada cuba juga  letak benda lain, tapi 
semua tak berjaya,selamba je dia minum.

Nak letak apa dekat puting? 
Letak benda anak tak suka.Ada letak asam jawa, ubat gigi.

Apa yang Eida perhatikan ketika ni, bila dah tak tidur siang, silap sikit boleh taham mengamuk..huhu.Layankan je lah, kentalkan hati.

Kalau dah start nak putuskan susu anak jangan buat separuh jalan.Lagi stress nak start balik.

Minggu seterusnya, bila berjaya tak menyusu waktu siang. Barulah Eida bertegas tak bagi waktu malam. Letakkan bawang putih ketika nak tidur pula.

Yang ni memang perlu kesabaran tinggi. Mengamuk tu sudah pasti, seminggu jugalah, tu pun ketika Aqil bangun tengah malam mencari susu, Eida bagi lah juga.Air masak memang pastikan sentiasa ada.

Ketika ni, pastikan bagi anak makan banyak- banyak sebelum tidur.Takdelah dia mencari susu kerap sangat  di tengah malam.

Ade juga sekarang kadang dia minta tengah malam.Eida letak minyak panas bila nampak dia nak bf.Bau je minyak dia terus tak jadi, sambung tido balik 

Teks:Eida Rashid 
Foto : Google .



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign