Mama Eyda: Tip- tip suami isteri PJJ

11 December 2014

Tip- tip suami isteri PJJ

Bismillahirrahmanirrahim


Kali ini saya nak berkongsi mencari bahagia untuk pasangan yang perlu berjauhan disebabkan komitmen kerja dan lain-lain.

Sekarang perkahwinan jarak jauh bukan suatu yang pelik.

"Ok ke suami tinggal nie..suami balik bila?"

Ini persoalan yang biasa saya ditanyalah .Memandangkan suami kini dalam mode standbay di offshore mungkin ambil masa selama setahun atau mungkin lebih untuk perhatikan sistem yang dibuat berjalan seperti sepatutnya.

Secara ringkasnya projek kali ini suami dan teman dia buat sistem untuk asingkan bendasing ,udara dan air untuk keluarkan minyak yang boleh  kita guna.

Setelah klien puas hati ,sistem ini akan diserahkan sepenuhnya pada klien(syarikat minyak) dan suami masuk projek lain pula ,yang terdekat paling besar rapid pengerang tapi mungkin lambat lagi.

Duk ofis lah dulu pula sekejap..yeay..hihi..dengarnya nama dia naik untuk di offer kerja dengan syarikat minyak tersebut..sekarang suami kerja dengan syarikat vendor yang melibatkan sistem o&g ,ibu pejabat di Jepun ..mungkin suami akan fikir dua kali. 

Walaupun kelebihan dia banyak tapi kerja lebih di offshore ,kalau yang masih bujang sukalah ,tapi yang dah berkeluarga lebih-lebih ada anak kenalah fikir dari banyak segi.Apapun saya tetap support jer apa keputusan dia ,penting dia happy dengan apa pun dia buat .Setakat ini dia masih selesa di tempat kerja sekarang.Kerja memangkah stress tapi team work saling membantu dan tak lokek berkongsi pengalaman.

Pada pendapat saya berjauhan nie ada masanya ok tetapi ada masanya nak nangis..hihi.Tapi ada juga hikmahnya.Benarlah,disebalik kesulitan pasti ada kemudahan.

Perkongsian tip-tip saya disini hasil perkongsian orang-orang lama PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh),biasalah apa-apa kita perlukan mentor kan sebagai rujukan barulah kita tidak rasa kita seorang jer menghadapinya.Ada dari kakak yang dah 8 tahun PJJ cz suami kerja luar negara,ada yang suami kerja engineer kapal yang selalu travel berbulan-bulan dan lain-lain.Fuhhh...memang saya tabiklah semangat mereka boleh survive..saya suami yang bergilir 3 minggu offshore 3 minggu darat ini pun pening-pening lalat.Setakat ini alhamdulillah ada jer kemudahan Allah s.w.t beri tika diperlukan.



Pandangan platform daripada helikopter

1:Perlu sentisa berdoa untuk pasangan dan juga rumahtangga

Sentiasa sedekahkan fatihah buat suami /isteri ,semoga hatinya sentiasa terikat dengan kita terutama ketika solat dan rindu.Amalkan juga ayat 4 nabi yusoff, doakan agar cinta antara kita suami isteri sentiasa berkekalan.

2:Sentiasa jujur antara satu sama lain

Suami/isteri perlulah sentiasa jujur.Contohnya kalau kita hendak kemana-mana yang bukan melibatkan soal kerja misalnya keluar minum dengan kawan ,shopping dan sebagainya.Elakkan keluar dengan berlainan jantina walaupun keluar beramai-ramai.Tak kisahlah keluar dengan officemate atau lain-lain asalkan berlainan jantina .TOLONG jangan ikut sekali.INGAT! Syaitan tidak pernah tidur.

Kalau terpaksa keluar saya selalunya bagitahu suami dulu.Tika belajar dulu acaplah keluar dengan lelaki ramai-ramai,yerlah bidang teknikal ramai laki dari perempuan ,tapi bila dah berkeluarga ini kenalah tahu batas-batas dia.

3: Jaga pandangan mata ,jaga perkataan dan jaga pergaulan

Tolong jaga pandangan mata ketika keluar berkerja ,ketika bermesyuarat atau ketika berbincang  dengan berlainan jantina.Bergurau berpada-pada.Be Professional.Elakkan segala keadaan yang boleh mendatangkan fitnah,misalnya meeting berdua dan lain-lain.

4:Jangan ambil remeh ROMANTIK dengan pasangan

Tentang ini jangan ambil mudah,tak salahkan kita bermanja dengan pasangan sendiri.Ketika berjumpa elakkan bergaduh ,gunakan masa dengan kualiti,tika berjauhan pula seringlah bertanya khabar ,ber I Miss u,ber I Love u ke dengan pasangan.

Memang nampak remeh tetapi kesannya sangat besar.Jika diamalkan selalu ia tidak akan rasa pelik.Carilah masa berdua walau anak dah berderet.

Luangkan masa menjadi pendengar yang baik buat pasangan, disamping bergurau senda.

5:Betulkan niat berkerja

Selalu ingatkan diri bekerja kerana Allah s.w.t.Ingat kan keluarga setiap kali ambil keputusan.Dalam masa yang sama kena ingat keluarga bukan berharapkan duit semata-mata tetapi juga makanan emosi.Untuk suami,dengan menyediakan keperluan rumah,kereta ,makanan,dan pakaian belum menjadikan diri seorang ayah/suami yang sempurna. Cari masa berkomunikasi dengan isteri dan anak-anak setiap hari.WAJIB!!!

Sekarangkan lebih mudah dengan adanya whatsapp,tango ,viber dan lain-lain.Tinggal kita nak buat atau tidak saja.Sekejap pun jadilah.

6:Tinggalkan semua gadget ketika bersma keluarga

Tidak dinafikan sekarang gadget sudah sebati dengan kehidupan kita.Kalau boleh jangan ada gadget ketika bersama keluarga.Ini saya amalkan,tapi kadang-kadang kena juga pegang cz ada kaitan dengan kerja.

Lakukan pelbagai aktiviti yang kreatif.Jika ada duit lebih bawalah keluarga bercuti,dekat-dekat pun boleh..penting dapat bina hubungan diantara ahli keluarga.Beriadah di taman pun boleh.

Apapun dalam rumahtangga ,jagalah hubungan dengan Allah s.wt..inshaAllah segala permasalahan akan dipermudahkan.Solat berjemaah dan makan bersama jangan diabaikan.Andai ada terasa hati luahkan jangan disimpan dan selesaikan sebelum tido pada malamnya,letak ego ditepi,kata orang tua bergaduh macam mana pun tido kena satu selimut..hihi.. 

Hargailah satu sama lain cz life is short..hidup ini pendek..kita tidak tahu siapa yang pergi dulu.

Teringat pesan orang lama,perkahwinan yabg bahagia bukanlah perkahwinan yang tidak pernah ditimpa badai .Tetapi kebahagian itu dicapai melalui usaha,doa dan tawakkal antara dua jiwa  dengan kembali kepada Allah s.w.t dan rasulnya tika masalah mengocak keharmonian mahligai yang dibina.

Teks: Nor Raidah Rashid



Say Alhamdulillah ,because you always havemore than you think you have


Nor Raidah Rashid ,Shaklee Independent Distributor
SMS | Call | Whatsapp:
013 – 9708169 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign