Mama Eyda: The Power of Association

23 December 2014

The Power of Association

SUMBER

Spesis burung Pelican hampir pupus apabila industri perikanan di Teluk Monterey mengalami masalah.
Lepas habis bisnes appointment di rumah sahabat pukul 10.40 mlm tadi, saya terus ke Pasir Tumboh. Nak rebut peluang minum-minum dengan Pok Li dan beberapa Master Dealer Public Gold di Pasir Tumboh, KB. Bukan senang nak jumpa tokey-tokey emas berjaya ni.
Banyak benda yang saya belajar semalam. Alang-alang jumpa, macam-macam ilmu saya berguru malam tadi. Kami bersembang sampai pukul 12.30 mlm! Walaupun baru pertama kali kenal dan jumpa face-to-face!...
Nak Berjaya, Berkawan La Dengan Orang Berjaya
Association (pergaulan), salah satu faktor penting untuk berjaya dalam apa juga bidang sekali pun. Itulah yang guru bisnes saya dan mentor 'jutawan' lain ajar. Masa kursus dulu, Chef Li pun pesan benda yang sama. Katanya, "kalau datang kursus macam ni, jangan hanya berkursus, tapi berkenalan dan bertukar-tukar la no telefon dengan peserta lain".
Memang itulah yang saya buat. Saya suka berkawan dengan orang bisnes dan saya nampak, memang berbeza cara orang bisnes berfikir. Orang bisnes lebih suka, fleksibiliti, kebebasan, kuasa menentukan pendapatan sendiri, simpanan, bebas hutang dsb. Tapi orang biasa, lebih suka 'benefit', income yang kononnya 'terjamin', pencen, ansuran dsb. Memang sangat berbeza cara berfikir.
Kalau anda buat bisnes, tapi rasa susah nak berjaya, mungkin anda perlu menilai balik sejauh mana tahap pergaulan anda dengan orang yang sama bisnes dengan anda. Ada satu kes yang saya terbaca dan boleh kita ambik iktibar iaitu pasal burung Pelican.
Belajar Dari Kes Burung Pelican
Satu masa dulu, Teluk Monterey sangat aktif dengan aktiviti perikanan. Dan burung-burung kat situ makan ikan yang dibuang oleh nelayan-nelayan. Sampai satu masa di mana aktiviti perikanan bermasalah dan nelayan-nelayan tak lagi turun ke laut. Kesannya, burung-burung Pelican di situ hampir pupus sebab tak tahu tangkap ikan!
Macam-macam cara ahli alam sekitar fikir jalan penyelesaiannya, tapi akhir sekali, mereka 'import' beribu-ribu burung Pelican yang tahu memburu dari 2000 batu di utara dengan harapan burung tu nanti akan mengawan dengan burung Pelican di teluk tu.
Satu keajaiban belaku. Hasil dari 'pergaulan' dengan beribu-ribu burung Pelican pemburu, dan 'belajar' cara menangkap ikan sendiri, burung Pelican di Teluk Monterey mula pandai menangkap ikan! Dan selamat dari kepupusan...
The Power of Association
Jadi kalau nak berjaya dalam bisnes, kita pun kena berkawan dan masuk dalam kelompok 'burung Pelican pemburu'. Tengok dan belajar macam mana mereka 'memburu'. Mesti satu hari nanti kita pun turut sama pandai memburu.
Kalau anda buat bisnes emas, berkawan dan bergaullah dengan tokey-tokey emas. Kalau anda buat direct selling (beretika), berkawanlah dengan orang direct selling. Kalau anda buat takaful, carilah ejen takaful berjaya, kalau nak jadi orang beriman, berkawanlah dengan orang masjid dan surau! Dan dalam apa juga bidang, itulah prinsipnya.
Anda adalah produk persekitaran anda. Kalau nak kenal siapa kita, tengoklah dengan siapa kita selalu berkawan. Kawan, biasanya cermin siapa diri kita sebenar.
Macam mana nak berkawan dengan orang berjaya?
Ah, mudah jer. Hadirlah perjumpaan-perjumpaan yang dibuat. Dan kalau nak lagi best, ambik peluang untuk duduk dalam "meeting after meeting" - duduk minum selepas meeting. Sebab di "meeting after meeting" itulah biasanya saya dapat 'secret weapon'! (",)
Itulah dia, kuasa sebuah pergaulan. The power of association!
Wallahu a'lam.
Zulkifli
Pasir Mas

2 Februari 2011

28 Safar 1432

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign