Mama Eyda: Protect Your Brain!

23 December 2014

Protect Your Brain!






"Saya tak baca news paper, tak tengok berita! Saya cuma baca buku-buku motivasi dan bacaan yang membina masa depan saya. Tak payah baca la paper (i.e.news paper). Mengarut semua tu. Lagi-lagi Harian Metro. Kita boleh hidup nya kalau tak baca paper pun..."
Antara pesanan sifu emas masa saya call dia minggu lepas.
Orang Berjaya Tak Baca Akhbar
Terkejut dengan apa yang dia cakap. Saya fikir, mentor bisnes saya dan rakan-rakan beliau jer yang tak baca paper (akhbar). Rupa-rupanya, orang berjaya yang lain pun sama. Mungkin inilah salah satu tips kejayaan. Jangan baca akhbar!
Dulu masa mentor pesan, saya cuma terima jer. Tapi terfikir juga, mungkin ker mentor kami jer yang tak baca news paper? Adakah orang berjaya di luar baca news paper macam orang biasa?
Bila sifu emas cakap yang dia pun memang tak baca news paper, baru saya tahu, rupa-rupanya orang yang berjaya (secara holistik), kebanyakkannya elakkan diri dari baca paper. Dengan maksud lain, orang berjaya hanya akan baca, lihat, tonton benda-benda positif jer. Mereka akan akan elakkan bahan bacaan dan tontonan yang tak bermanfaat.
Sebabnya, mereka tak nak terdedah dengan perkara negatif!
Protect Your Brain!
"Zul kena ingat, sekali masuk benda negatif dalam kepala, dia akan lekat sampai bila-bila. Dah tak keluar dah" kata Sifu Emas lagi.
Memang benar apa yang dia bagi tahu tu. Buku tajuk “Focus on Your DREAM” tulisan Jeffrey D. Smith pun cakap benda yang sama. Kata buku tu, minda kita ada dua. Pertama, minda sedar. Kedua separa sedar.
Minda sedar, akan buat keputusan itu dan ini. Tapi minda separa sedar, dia akan terima apa saja TANPA TAPISAN. Kalau kita masukkan banyak negatif, maka kita akan jadi orang yang negatif, pesimis, lemah, tak yakin pada diri, dsb.
Mentor saya pesan, ramai orang jaga komputer dia dengan 2, 3 jenis anti-virus. Tapi tak pernah tahu nak jaga otak dia. Sepatutnya, otak kita pun kena ada anti-virus dan spam filter sama dengan komputer. Garbage in, garbage out. Masukkan sampah, sampah jugalah yang keluar.
Dan pesannya lagi, benda yang negatif tak perlukan kos. Semuanya boleh dapat free! Tak pernah ada seminar bertajuk "Membina Minda Negatif". Ianya percuma sahaja dan kita boleh dapatkannya di mana-mana.
Baca akhbar & majalah, tengok TV, dengar lagu, bergaul dengan kawan-kawan biasa, kebanyakkannya memberi impak negatif kalau kita tak berhati-hati. Secara tak sedar, kita boleh jadi seorang yang negatif, pesimis dsb.
Input Negatif, Boleh Dapat Free Jer!
Kalau tiap-tiap pagi masa nak pergi pejabat, saya mesti terbaca tajuk depan Harian Metro yang tergantung dekat orang jual surat khabar dekat simpang Max Value Damansara secara percuma! Tak payah beli.
Tiap-tiap pagi, apa yang masuk dalam kepala ramai orang yang lalu simpang tu ialah curi, rompak, rogol, seks, sumbang mahram, bunuh diri, dera, buang bayi dsb. Semuanya negatif. Patut la ramai orang jadi negatif.
Akhbar negatif. TV pun negatif. Inilah sumber utama input yang kita semua dapat. Input negatif.
“Zul, sekarang ni you ada dua model berjaya. Satu you punya business mentor dan satu lagi tokey emas (sifu emas). Kedua-dua buat benda yang sama - tak baca surat khabar. So, sekarang ni sapa yang you nak ikut? Nak ikut orang ramai atau nak ikut orang berjaya!?”’
Nak Berjaya, Fikir Macam Orang Berjaya!

Sebenarnya, Sifu Emas tegur cara saya berfikir. Selalu fikir benda negatif pasal emas. Takut kena rompak, takut risiko itu dan ini. Sentiasa lihat 'worst case scenario'.
Alhamdulillah… teguran yang sangat membina. Satu lagi principle of success yang saya perlu kukuhkan.

Sebelum ni saya memang tak tengok TV. Saya cuma pandang TV. Kalau orang tanya saya pasal rancangan dan iklan dalam TV, minta maaf. Saya memang tak ikuti cerita dan berita TV dah lebih setahun!
Masalah yang saya payah tinggal sebelum ni ialah baca akhbar online! Harian Metro, Kosmo, antara yang saya mesti baca tiap-tiap hari. Kekadang rasa macam tak sempurna hari tu kalau tak baca akhbar online! Ish...
Ubah Cara Berfikir, Ubah Tabiat!
Mulai hari ni, saya nak kurangkan baca online news. Mungkin satu hari nanti, saya memang tak baca langsung online news, melainkan yang boleh bagi input positif. Lebih baik saya habiskan buku-buku self-help yang belum habis dibaca lagi.
Nak dapat apa yang orang berjaya dapat, kita kena fikir cara mereka fikir, dan buat apa yang mereka buat. Kalau terus fikir apa yang orang ramai fikir, dan buat apa yang orang ramai buat, maka kita akan terus dapat apa yang orang ramai dapat!
Kalau nak berjaya, ubahlah cara berfikir, dan ubat rutin harian sampai ia bertukar menjadi TABIAT.
Moga sedikit perubahan, Allah kurniakan hasanah di dunia, dan hasanah di akhirat, insya Allah.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
1 November 2010
24 Dzulkaedah 1431

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign