Mama Eyda: Jangan Bertanya Kepada Otak Yang Terbatas

10 December 2014

Jangan Bertanya Kepada Otak Yang Terbatas



Bismillahirrahmanirrahim

Benar.
Apabila bertanya kepada otak,Seringkali ia membataskan apa juga impian yang kita impikan.Bertanya kepada otak untuk memiliki rumah sendiri di kala duit simpanan hampir tiada.Di kala bebanan kewangan menghimpit.Di kala komitmen semakin meninggi.
Otak menidakkan.
Mana mungkin!
Yakinlah.
Tanyalah pada ALLAH.
ALLAH Maha Kaya.
Di kala otak menidakkan,
Kun fayakun.
Jika Allah mengkehendaki, ianya pasti terjadi.
-----------------------------
Kisah ini saya tontoni sedikit waktu dahulu,
Kisah sebuah keluarga yang kesempitan hidup.Menyewa rumah yang sangat kecil. Berhimpitan 4 beranak. Membayangkan bagaimana kecilnya rumah tersebut,Apabila membuka pintu rumah, boleh di lihat anak-anak nya tidur di tepi pintu.
Itu ruang yang mereka ada.Walaupun begitu, mereka bersyukur seadanya.
Sehinggalah, suatu hari,Isteri nya mengandung dan bakal melahirkan anak sedikit waktu lagi.Sang suami memikirkan betapa sempitnya mereka nanti di dalam rumah yang serba kecil ini.
Sang suami berfikir, mahu menyewa rumah yang sedikit besar.Tetapi, otak nya lantas berfikir, gaji nya tidak mencukupi untuk membayar sewa rumah yang besar.Pelbagai cara sang suami fikirkan.Semuanya buntu.
Suatu hari, isterinya mendekati lantas berkata,"Abang, kita buat tahajjud setiap malam, mohon pada ALLAH. Tanya padaNYA".Sang suami menuruti.Setiap malam, isterinya akan bangun bersama-sama dan berjemaah tahajjud bersama suaminya.
Setiap apa sahaja yang didoakan oleh sang suami, isterinya akan mengaminkan.
Selang 6 hari kemudian, sang suami di panggil oleh majikannya.Rupanya, majikannya ingin offer kepadanya sebuah rumah miliknya yang lengkap dengan segala perabot dan besar.Majikannya menyuruh sang suami menjaga rumah tersebut, ini kerana penyewa terdahulu sudah keluar dan rumah tersebut tidak di sewakan kepada orang lain.
Subhanallah.
Kita minta besar sedikit.
Allah bagi lengkap selengkapnya.
Nah!
Tanyalah pada ALLAH. Ianya tidak pernah akan menghampakan.
Tanya pada otak, ia akan sering akan membataskan.
Sehingga kita lupa.
ALLAH itu Maha Mendengar.

Teks:Yusuf Mansur (Official)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign