Mama Eyda: Hidup Di Bawah Kemampuan

13 December 2014

Hidup Di Bawah Kemampuan


Post image for Hidup Di Bawah Kemampuan
Bismillahirrahmanirrahim

“Zul, your wife kerja kat mana?”
“Er, kerja kat rumah jer Mr. Soo. Housewife.”
“Em, cukup ker? Satu income untuk tanggung 4 orang?”
“Alhamdulillah… cukup. Tapi kena betul-betul manage la duit”
Satu Pendapatan Untuk Satu Keluarga?
Sebahagian perbualan dengan Mr. Soo, ex-boss saya 2 tahun lalu. Mr. Soo sangka, selama 4 tahun saya bekerja di bawah beliau, saya ada pendapatan lain selain gaji. Beliau fikir, mungkin saya ada asset yang banyak, yang boleh bagi pendapatan tambahan secara tetap setiap bulan untuk survive selain gaji yang cuma seorang Eksekutif ‘Rendah’.
Selain beliau, ramai juga kenalan tanya saya cukup ke duit (untuk sara keluarga) dengan hanya satu pendapatan. Kerja cuma Eksekutif biasa, baru beberapa tahun kerja, untuk tanggung diri, isteri dan anak-anak 3 orang ketika tu. Tambah pulak, hidup di KL ni, kos sara hidupnya bukan sikit.
Jawapan saya “Alhamdulillah boleh (survive), tapi kita tak boleh hidup macam orang lain. Kita kena hidup cara kita, dan di BAWAH kemampuan kita”. Itulah kuncinya saya rasa.

Prinsip Hidup Di BAWAH Kemampuan

Kalau nak senang, memang kita kena hidup BAWAH kemampuan. Jangan hidup IKUT kemampuan. Saya ada terbaca, “hidup di bawah kemampuan” ialah salah satu prinsip kewangan yang diamalkan oleh orang kaya yang sebenar (bukan orang kaya mee maggie). Mereka kaya sebab mereka memang amalkan gaya hidup BAWAH kemampuan, bukan hanya masa dah jadi kaya, tapi sebelum dia jadi kaya lagi.
Kalau dia mampu pakai Waja sebagai contohnya, dia cuma pakai Wira. Bahkan mungkin cuma pakai Saga. Kerana Saga dah cukup memadai untuk KEPERLUAN dia. Perbezaan nilai antara MAMPU dan PERLU itulah asset yang membuatkan dia lebih kaya!
Saya bukan orang kaya. Tapi saya ‘seronok’ belajar melalui orang kaya – dengan membaca dan memerhati. Dan saya perhati, memang tak ramai yang amalkan prinsip penting ini.

Trend Hidup Di LUAR Kemampuan

Yang lebih membimbangkan, memang dah jadi trend sekarang ni orang hidup di LUAR kemampuan! – dengan cara berhutang, ansuran, kad kredit, skim bayaran mudah dan apa saja skim yang sama ‘waktu’ dengannya… Sikap ambik mudah dengan hutang, membuatkan ramai yang hidup di LUAR kemampuan sebenar mereka.
Atas alasan itulah, saya sangat tak gemar berhutang, dalam apa bentuk sekalipun. Selagi boleh ‘hidup’, saya cuba jauhkan diri dari hutang. Puji-pujian bagi Allah, hutang saya sekarang cuma hutang beli rumah saja. Itupun hutang yang diketegorikan sebagai Hutang Berkat, bukan Hutang Mudarat. (Sila rujuk artikel lama saya bertajuk “Hutang Berkat, Hutang Mudarat”)

Tips Hidup Di Bawah Kemampuan

Untuk hidup BAWAH kemampuan, ada beberapa tips yang saya nak kongsikan pada sahabat semua.
Pertamanya, jauhilah hutang walauapapun bentuknya. Kad kredit (kad hutang), skim bayaran mudah, skim bayaran ansuran, tak perlu bayar dalam tempoh 30 hari, semua tu hutang yang telah diberi nama baru supaya kita tak rasa ianya adalah hutang! Hutang yang lebih afdhal untuk kita jauhi ialah Hutang Mudarat. Sila rujuk artikel lama saya bertajuk “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk maklumat lanjut.
Keduanya, berbelanjalah ikut KEPERLUAN, bukan ikut KEMAMPUAN, dan jauh sekali ikut KEMAHUAN. Memang prinsip ni saya benar-benar amalkan sejak lalui zaman-zaman sempit dulu.

Perlu atau Benar-benar Perlu?

Saya tahu, cara macam ni memang tak ada class. Tapi saya selesa dengan cara ni. Bagi saya, biar tak nampak ‘berharta’, asalkan poket saya kaya. Kalau ada duit, bila-bila masa jer boleh ditukarkan menjadi ‘harta’. Tapi kalau ada ‘harta’, bukan senang nak convert balik jadikan duit kalau kita terdesak…
Kalau ikutkan, memang banyak benda yang saya nak beli (miliki) tapi selalu saya tangguh-tangguhkan. Kekadang sampai beberapa tahun masih tak terbeli. Bukan sebab tak mampu, tapi ia belum cukup alasan untuk ia dikategorikan sebagai benar-benar PERLU.
Walaupun ‘statusnya’ memang perlu, ia terpaksa ditangguh-tangguhkan sebelum ianya bertukar menjadi benar-benar perlu. Bila dah benar-benar perlu, masa tu dah tak perlu ditimbang-timbang lagi. Memang kena beli sekarang!
Wallahu a’lam…

Teks:mohdzulkifli.com


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign