Mama Eyda: Cara saya praktik untuk anak saya menghafal dan menghafaz al quran

02 December 2014

Cara saya praktik untuk anak saya menghafal dan menghafaz al quran

Bismillahirrahmanirrahim

Teks:Fadillah Nur

1. Mulakan seawal mungkin pendedahan PERSEKITARAN mesra Alquran.

Bermula dari rumah,ibu dan ayah itu sendiri harus tidak lekang dengan alquran.Imej ini akan dibentuk sebagai tanggapan awal dan pertama kali dalam hidup mereka.Usahakan untuk khatam Quran setidak -tidaknya sekali dalam tempoh 9 bulan kehamilan ya wahai para ibu.



Persekitaran lain termasuk pergaulan dengan sahabat anak atau sahabt kita yang turut cenderung dengan Alquran.Misalnya ziarah sekolah pondok,pusat Tahfiz atau pengajian agama di peringkat universiti sekalipun.Jangan sempitkan skop Alquran dan jangan sekali2 membataskan pendedahan Alquran.



2. Usahakan anak anda minat tulisan jawi.

Ini antara yang meningkatkan kemahuan anak2 kecil inshaAllah.Kebanyakan masalah yang mwlibatkan anak tidak mahu mendampingi Alquran kerana tidak mesra tulisan jawi.mereka mendapat impak negatif dan tersaa berat dari psikologi hanya dengan penulisan.Latih anak kita mengenal tulisan jawi sebelum tulisan roman.


3. Permulaan boleh guna iqra'

Setelah lancar, mulakan dengan alquran.


4. Latih mereka membaca dengan lancar bukan laju dan tidak sekali2 target untuk khatam cepat.

5.Buat peta minda setiap surah yang dibaca supaya mereka jelas intipatinya.

Disinilah kreativiti ibu dan ayah.Bagaimana anda mahu menggalakkan anak anda terus2n minat meneruskan bacaan surah seterusnya hafal dan hafaz.


6.Latihan membaca berulang-ulang.

Tentukan kemampuan anak by daily,weekly n monthly.


7. Sesekali spot check untuk smbungan ayat.disini juga perlu kreatif.

Ada yang guna tebuk ayat, ada guna suai padan,ada juga pelbagai teknik lain.Setiap anak ada cara berbeza untuk kita motivate.


8. Pastikan anak tidak terkeliru Terjemahan Alquran dan tafsir Alquran keran keduanya sangat berbeza.

Kesilapan di sini amat berbahaya.Rujuk guru yang alim jika anda was2 atau tidak tahu.


9. Jangan meletakkan label bahawa anak yang boleh dilatih hafal dan hafaz alquran hanya secara formal atau diusahakan oleh ibu dan ayah hanya berlatar belakangkan aliran agama secara khusus sahaja/ustaz/ustazah.

Saya sendiri bukan tergolong dalam kelompok ini,bahkan ramai sekali muallaf berkerjaya profesional atau biasa2 sahaja(tidak berpendidikan tinggi apatah lagi basic agama yang kuat) telah berjaya melahirkan anak2 al hafiz / al hafizah.Kekuatan kita adalah usaha dan work smart.Allah sebaik2 pengurnia.


10. JAGA PEMAKANAN,ADAB,PERGAULAN,DAN PANDANGAN/KEHORMATAN anak.inshaAllah.
Harap membantu puan.






No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign