Mama Eyda: Taj Mahal Cinta - Tinggi Menggapai Syurga oleh Noraslina Jusin & Nur A'isyah Humaira

09 December 2014

Taj Mahal Cinta - Tinggi Menggapai Syurga oleh Noraslina Jusin & Nur A'isyah Humaira


Bismillahirrahmanirrahim

Teks:Nor Raidah Rashid





Semalam sempat lah jalan-jalan dengan encik suami,katanya segarkan angin isteri kena tinggal ..amboi...sempat lagi tue nak perli.Ada masa saya share tip-tip bercinta suami isteri PJJ,hasil pengalaman sendiri dan sahabat-sahabat..inshaAllah.

Tidak  beli apa pun cuma tuju kedai buku cari buku 'catatan mat lutfi'.. artis youtube.Nak pergi melancong pun musim ujan sekarang tak sesuai dan badan pun sekarang cepat mengah .Jalan-jalan shopping complex pun jadilah asalkan boleh dating berdua.~_^.

Banyak jugalah kedai buku yang sold out buku Mat Lutfi nie...tak silap dah masuk cetakan ke-3 setakat ini.Akhirnya jumpa jugalah ..alhamdulillah,bagi can encik suami baca dululah sambil-sambil dia hilang stress buat kerja .Buku ni banyak gambar dan cerita-cerita lucu ,harga pun boleh tahan RM 25.

Sambil tue usha2 jugalah buku-buku baru.Ternampak lah buku ni..'Taj Mahal Cinta..Tinggi Menggapai Syurga'.Hati tergerak untuk beli..mungkin boleh belajar ilmu kehidupan .Penulis buku ini merupakan gabungan penulisan isteri-isteri ustaz Zaharuddin iaitu ustazah Noraslina Jusian dan ustazah Nur A'isyah Humaira.Tujuan utama saya membeli buku ini untuk merasionalkan kembali cinta kepada makhluk agar tidak melebihi cinta kepada khaliq(pencipta).

Sedikit kata-kata yang memikat hati saya setakat pembacaan buku ini.Untuk rumusan keseluruhan nanti saya buat entry lain.

"Bukan mudah sebenarnya untuk ' hidup berudarakan dunia , bernafaskan akhirat ' dikala cabaran demi cabaran seakan tidak pernah lelah menjegah tiba."

"Kadang-kadang kita terlepas pandang untuk memanfaatkan sisi 'mendidik' yang tersedia percuma dari alam".


Secara tidak langsung seakan-akan kata-kata ini Allah s.w.t mendidik dan menjawab persoalan yang bermain dalam diri akhir-akhir   ini..Alhamdulillah.







What you FOCUs will EXPAND,So think positive and make the right choice for the better live!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign