Mama Eyda: sinergy

09 November 2014

sinergy


Kali ini ak ingin berkongsi dengan teman-teman pembaca tentang sebuah novel yang berkonsepkan mendidik terbitan Galeri Ilmu yang ditulis oleh pegarang muda Hilal Asyraf iaitusinergy”. 

Mungkin pembaca tertanya-tanya .Apa yang dimaksudkan dengan synergy kan?Apa yang dimaksudkan dengan synergy menurut novel ini ialah kekuatan luar biasa yang dihasilkan hasil daripada hubungan antara dua individu yang berteraskan keimanan.

Sedikit tentang pegarang .Beliau terkenal dengan laman sesawangnya langitilahi.com.Bagi ak dalam lamannya lebih bersikap tazkirah dan juga motivasi.

Berkenaan novel ini pula ianya lebih menjurus kepada jalinan persahabatan yang berpaksikan keimanan antara dua orang sahabat Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi ,yang sama-sama berganding bahu bersama –sama teman mereka yang lain ,meyebarkan dakwah kepada masyarakat sekeliling mereka ,terutamanya pelajar Melayu di Jordan iaitu tempat mereka menuntut ilmu.

Walaubagaimanapun, persahabatan mereka akhirnya diuji apabila hadirnya Sara Nasuha.Apa yang menarik bagi ak cara mereka menanganinya, semata-mata untuk menjaga kelangsungan ukhuwwah yang berlandaskan keimanan.

Dalam hal ini ak tertarik dengan kata-kata pegarang “Kita mesti melihat dunia ini dengan jendela akhirat .Maka,kita perlu yakin bahawa dunia ini sementara ,dan apa yang ada didalamnya pastinya akan hancur.Kalaulah cinta tersebut dibina diatas dasar keimanan,maka kita akan redha kalau terlepas si dia yang kita cintai.Bukanlah kita menghendaki redha Allah untuk mendapatkan apa yang kita cinta tetapi kita mendapatkan si dia yang kita cinta untuk mendapat redha Allah ,maka kalau Allah susun kita tidak dapat si dia yang kita cinta.Apakah itu menjadi suatu maslah kepada kita???”Jadikanlah Dunia hanyalah sebagai alat untuk mencapai redhanya.Untuk megetahui lebih lanjut siapakah yang memiliki Sara Nasuha bacalah novel ini ek…~_^ 

Dalam masa yang sama ,hadirnya satu kumpulan bermasalah yang mempunyai agenda mereka mereka tersendiri untuk membuat kacau bilau kesan daripada dendam masa silam .Konflik antara dua sahabat ini adalah peluang keemasan bagi mereka merosakkan persahabatan diantara dua sahabat tersebut. Disini dapat dilihat kefahaman berkenaan dakwah yang melahirkan rasa tanggungjawab saudara sesama islam untuk membawa saudara mereka kembali ke jalan yang benar . “Sesungguhnya,dakwah bermula dengan rasa tanggungjawab”.

Merasakan diri terpilih untuk memikul amanah Allah ,lalu meyampaikan kepada orang lain .Rasa bertanggungjawab inilah yang meyebabkan kita tidak mudah berputus asa.Kita merasakan kalau kita tidak membuat sesuatu ,Allah akan persoalkan kita nanti .Dalam dakwah kita kenalah melihat semua orang berpotensi.Tidak boleh prejudis pada pandangan pertama.

Walaupun sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster frive ,rupa-rupanya ada insan lain yang lebih besar dendamnya .Malah lebih licik tindakannya,Dia ialah secret……???Untuk megetahui lebih lanjut saya cadangkan pembaca membaca novel ini .InsyaAllah banyak mutiara hikmah yang boleh didapati……..~a.fatima=)

“Kalau benar bersahabat,biar berpimpin tangan merentas syurga,bukan menjadi pengkhianat ,melempar sahabat ke neraka ,maka jadilah pelindung,yang melindungi sahabatnya dari azab seksa”







No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign