Mama Eyda: 1st Anniversary- Izz & Eyda

09 November 2014

1st Anniversary- Izz & Eyda

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Bulan 10 yang lepas,alhamdulillah genap setahun perkahwinan kami.Tidak calebrate mana-mana pun kali ini memandangkan saya tidak berapa sihat.Rasa membazir juga pergi restoran mahal-mahal tetapi tak boleh makan banyak sangat..Encik suami pun on jer..lagipun dia baru jer balik dari offshore,masih penat lagi.Cuma sambut dengan berjalan-jalan menghabiskan masa bersama sahajalah.

Alhamdulillah tempoh setahun banyak yang saya pelajari .Tidak dinafikan setiap rumahtanga pastinya akan diuji ,tetapi syukur kerana Allah mempermudahkan segalanya.Paling penting dalam rumahtangga menjaga hubungan dengan Si Pencipta..Dalam masa yang sama perlu ada sifat sabar saling menghargai dan saling bertolak ansur dengan kata lain mudah diajak berbincang bersama pasangan,InshaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Suami yang selalu offshore tidak dinafikan memerlukan isteri mempunyai kesabaran yang tinggi dan juga perlu lebih berdikari.Tip yang saya boleh bagi pastikan sistem sokongan kita kuat contohnya keluarga,jiran-jiran dan sahabat-sahabat.Bukan apa ..andai kita perlukan dimasa-masa kecemasan.Untuk menghilangkan rindu kepada pasangan jangan basuh pakaian last dia pakai sebelum dia keluar balik.Gantung tempat biasa kita nampak, agar kita tidak rasakan sangat dia tiada.

Pasangan pun mestilah pandai mengambil hati isteri yang ditinggalkan dengan selalu telifon.Tambahan sekarang mudah dengan adanya wassup.Pabila pulang ambil hati pasangan dan anak-anak dengan tolong kerja rumah ketika berkelapangan,makan diluar atau berjalan-jalan mengikut bajet masing-masing.

Bagi saya dalam hidup ini mestilah win-win situation,situasi menang-menang tidak kira dalam berumahtangga ,bersahabat dan lain-lain.InshaAllah dengan kita mengamalkan ini perhubungan kita akan berjalan lancar.

Semoga perkahwinan ini berkekalan dalam redha-Nya.Letakkan Allah s.w.t dihati dan  pasangan ditangan sebagai amanah,inshaAllah kita tidak akan kecewa .Belajar dan terus belajar.

Sayang abang kerana Allah s.w.t.. ~_^





Nor Raidah Rashid ,Shaklee Independent Distributor
SMS | Call | Whatsapp:
013 – 9708169 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign