Mama Eyda: Perbezaan GLA Complex Shaklee dengan EPO ( Evening Primerose Oil )?

03 August 2014

Perbezaan GLA Complex Shaklee dengan EPO ( Evening Primerose Oil )?


EPO tentunya dah gangat sinonim dengan wanita.EPO ini sangat baik untuk hormon dan juga kulit .Shaklee tidak mengeluarkan supplemen dengan nama EPO tetapi sesuatu yang lebih baik lagi.


Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.


Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) yang tersedia dalam pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) ,manakala GLA Shaklee  diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6 .
Ia digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.
Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh Shaklee Guard ,antioksidan semulajadi yang dipetenkan.Bioavailabilitynya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.
GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.


Apa pula prostaglandin?


Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah
Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.
GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Siapa yang perlukannya :
·                     Wanita yang menghadapi PMS
·                     Mereka yang menghadapi kencing manis
·                     Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
·                     pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
·                     Mereka yang menghidap diabetes
·                     Period yang tidak teratur.
·                     Mereka yang mahu mencantikkan kulit












Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Nor Raidah Rashid
♥ sms/whatsApp: 013-9708169
♥ Emel : norraidahrashid@gmail.com 
♥ Fb: https://www.facebook.com/norraidah.rashid

 Penafian :Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat ,mencegah ,mengdiognose atau meyembuhkan apa jua penyakit.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign