Mama Eyda: Tip membina keyakinan diri Part II

30 March 2014

Tip membina keyakinan diri Part II


Sambungan  dari Part I

::3-Hidup berperancangan::

Adakan perancangan setiap 5 tahun.Sentiasa analisa hidup kita….

Adakah apa yang aku lakukan ini mencabar kemampuan aku?

Apakah aku mampu menjadi lebih baik pada masa  5 tahun akan datang?

Amat   penting kita TAHU apa yang kita MAHU...

TAHU? MAHU?....

Bila kita tahu  apa yang kita mahu ,perancangan kita akan lebih jelas dan lebih spesifik.Gambarkan apa yang kita impikan tu.Akhirnya ia akan tersimpan dalam minda bawah sedar kita , minda bawah sedar kita  akan bekerja keras mencari idea untuk merialisasikan hasrat kita itu walaupun kita sedang tidur ..Visualized will Materialized.

PERANCANGAN ->STRATEGY->TINDAKAN

Ia juga ada kaitan juga denga Law of Attraction(LOA).Sesiapa yang biasa terlibat dengan dunia motivasi,pasti istilah ini tidak mustahil lagi.Saya pun baru sahaja mengaplikasi  ‘prinsip(Law)’ini dalam kehidupan . Cuma sebagai muslim ia perlu diubah sikit agar tidak bercanggah dengan agama.Ada masa saya huraikan secara mudah untuk memahami prinsip ini.

Ingatlah,sekiranya kita tidak ada perancangan dalam hidup ,kita akan dipaksa masuk dalam perancangan orang lain.


::4-Pentingkan  kecantikan dalaman daripada luaran::

Cuba kita perhatikan.Kadang-kadang kita lihat seorang perempuan ,rupanya biasa-biasa sahaja  tetapi amat disayangi suami dan disenangi kawan-kawan.

Dia memiliki kecantikan yang tidak ada pada wanita lain iaitu kecantikan dalaman .Saya teringat  kata-kata umi saya”cantik luaran tak leh orang tumpang ,perangai elok baru buleh tumpang”.Betul juga.Bukan semua orang dilahirkan cantik,apa kata kita sama-sama cari kecantikan dalaman ni.

Gambar dari google
Apa kecantikan dalaman?

Apa yang saya boleh simpulkan kecantikan dalaman akan datang daripada kematangan yang ada dalam diri hasil daripada ilmu yang ada dalam diri.

Ilmu yang dimaksudkan di sini hasil dari pembelajaran daripada kehidupan yang mana membuatkan kita berfikir panjang apabila megambil setiap keputusan dan mengambil kira pandangan Allah dalam setiap tindakan.

Antara cara-cara untuk dapatkan kecantikan dalaman ini dengan menjaga hubungan dengan Allah s.w.t,mencari hikmah daripada pengalaman kita hari-hari ataupun daripada pengalaman orang sekeliling dan juga dengan menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan juga dengan memiliki  kemahiran yang sepatutnya.

Itu saja lah yang boleh saya kongsikan.Moga ada manfaat..Peace=)




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign