Mama Eyda: PWTC:Celik Family Kuala Lumpur, Dis 2013

30 March 2014

PWTC:Celik Family Kuala Lumpur, Dis 2013

Teks: Nor Raidah Rashid




 Slot "Refleksi Diri Bersama Prof Muhaya"




Slot "Rumahku Syurgaku" bersama Ust Roslan".



Sesi soal jawab bersama semua penceramah

Persembahan dari Nora



"Saya ingin menjemput  beberapa orang peserta untuk bersama-sama saya di atas pentas "

Seorang peserta naik ke pentas.

" Ikut seperti  saya arahkan ,angkat tangan separas bahu & keraskan ,andai  saya tekan, pertahankan jangan bagi jatuh, lawan tangan saya "Kata Prof.

Manakala audien diminta menjalankan peranan mereka dengan mengatakan hanya perkara buruk pada peserta.Teryata peserta tersebut tidak mampu mempertahankan tangan .Experiment ini bagi membuktikan bahawa pemikiran kita sebenarnya  mempengaruhi fizikal kita .Peserta tersebut terpengaruh dengan kata-kata dari audien menjadikan dia lemah untuk mempertahankan tangannya. 

Oleh itu, amat penting kita memandang setiap perkara  yang berlaku dengan positif ,dengan mengubah cara pandang setiap masalah tersebut .Kitalah yang berhak menentukan haluan hidup kita dengan mengambil kira pandangan Allah & dengan memberi tumpuan pada bulatan pengaruh kita(hal-hal yang boleh kita kawal).

Semuanya bermula dari kita sendiri.Andai kita tidak bijak dalam menangani masalah-masalah dalam kehidupan ,hal ini akan mempengaruhi banyak perkara dalam kehidupan terutamanya kesihatan .Inilah yang ingin difokuskan dalam program ini terutamanya dalam kehidupan berkeluarga.

"Kehidupan adalah apa yang kita beri kepada setiap perkara yang berlaku"

Walaupun program ini hanya sehari ,namun memberi banyak ilmu kehidupan yang saya dapat .Bagi saya ia lebih kepada perkogsian santai oleh penceramah yang diundang ,begitu juga perkongsian pengalaman daripada peserta-peserta .

Apa yang saya dapat simpulkan dari program ini:


1-Lihatlah dunia ini dari jendela akhirat.

Maka,kita akan yakin bahawa dunia ini sementara dan apa yang ada didalamnya pasti akan hancur.
Gunakan segala yang kita ada ; nikmat kesihatan,kekayaan ,anak-anak dan lain-lain untuk bekalan akhirat kita.Jangan kedekut untuk memberi kerana apa yang kita beri pasti akan kita dapat balik,mungkin Allah gantikan dengan bentuk yang lain.

Ada ->Beri-> Dapat

"Tindakan orang mati sebelum mati ",kata Prof.

2-Berhijrah mencari redha Allah s.w.t

Sentiasalah bermuhasabah agar semua benda yang kita miliki misalnya harta yang kita miliki terjauh dari unsur syubhah ,apatah  lagi yang haram.Yakin akan rezeki datang dari Allah s.w.t ,Insha Allah jika kita berani berhijrah ke arah mencari yang halal demi redha Allah s.w.t. , Dia akan aturkan  rezeki yang lebih baik ,mungkin bukan dari segi duit tapi hal-hal yang lebih kita perlukan .

Apatah lagi sebagai ibubapa hal-hal yang berkaitan syubhah ,halal & haram ini amat perlu dijaga kerana ia mempengaruhi perbentukan peribadi isteri dan anak-anak.

3-Hubungkan silaturrahim

Antara syarat doa akan dimakbulkan adalah memilihara silaturrahim dengan berkasih sayang.Saya tertarik dengan prinsip kasih sayang yang prof katakan, '"Untuk  disayangi kitalah dahulu  perlu menyayangi barulah kita akan disayangi.....".

Dan ketika menegur orang tegurlah secara bijaksana.Tinggikan akaun positif orang tersebut dahulu dengan berbuat baik padanya, barulah tegur ,insha Allah dia akan lebih mudah menerima.

Apapun untuk mendapat kasih sayang manusia ,kita perlulah menjaga hubungan dengan Allah s.w.t dahulu ,insha Allah Dia akan menggerakkan hati-hati manusia menyayangi kita.Bukankah hati-hati  manusia ditangan Allah s.w.t!

Banyak yang ingin dikongsi .Insha Allah di lain masa.Untuk yang sudah berkeluarga ,"Jangan cari bahagia dalam rumahtangga tetapi kitalah yang perlu bawa kebahagiaan itu...".-SAR



" Keep Smile,Be Happy,Happiness is a journey...not a destination"








What you FOCUs will EXPAND,So think positive and make the right choice for the better live!! 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign