Mama Eyda: Jangan memukul anak-anak berlebihan

17 March 2014

Jangan memukul anak-anak berlebihan

Teks: Nor Raidah Rashid


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah



Saya tertarik dengan posting Prof Dr. Rozieta Shaary dalam fanpagenya .Ini menjawab pertanyaan saya selama ini.

Ada yang berkata bila disarankan jangan memukul anak kecil berlebihan, "aku dulu masa kecik selalu saja kena pukul dengan batang paiplah, batang kayulah, aku jadi manusia juga. Aku berjaya juga.'



Ada dua perkara yg Ibu hendak katakan di sini.

Pertama, tahniah kerana anda menjadi manusia dan berjaya.
Kedua, tahniah kerana anda berjaya memahami tujuan ibu bapa anda melakukan perbuatan memukul itu dan anda mengambil yang baik dari situ.Namun , ketahuilah, ramai anak yang sering dipukul, dimarah tanpa sebab dan berlebihan menjadi manusia juga tetapi manusia yang terluka.



Luka di badan parutnya nampak. Luka di hati parutnya tidak nampak namun munusia inilah yang melalui hidup dengan penuh baran, senang tercetus kemarahan, senang bergaduh, senang memukul anak sehingga hilang kawalan. Susah mengikut arahan, cepat melawan authority, memukul dan mencederakan orang lain tanpa dapat mengawal diri. Tiada keyakinan diri, moyok, lemah dan semua benda tidak tahu dan tidak mahu nak buat. Diri pula penuh dengan ragu-ragu.



Ya, memang jadi manusia. Tapi manusia macamana? Itulah yang selalu kita terlepas pandang. 

Wallahuallam.Untuk semua ibu-ibu saya sarankan menjenguk posting Prof Dr.Rozieta Shaary ini







No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign