Mama Eyda: Berhijrah

17 March 2014

Berhijrah

Teks: Nor Raidah Rashid


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
 


"Alahai berisinya kamu"

"Hihi baru balik dari kampung biasalah",kata kawan.Takpe ini tanda hati senang.

Suka tengok kawan baik dan juga merupakan ex-roomate ni makin ceria.Dalam borak-borak dalam masa yang sama saya terfikir.

Dalam hidup ini kadang-kadang kita seakan-akan merasa sempit dengan kehidupan kita.Bagus juga andai kita keluar seketika dari kepompong itu dan 'explore ' dunia baru.Tinggalkan seketika semua orang yang kita kenal ,lari dari kebiasaan  dan kita cuba benda baru .Saya percaya jiwa kita akan terasa makin lapang dan sudut pandang kita juga semakin luas .Malah keyakinan diri kita juga makin meningkat.

Mungkin kita tidak sedar kadang-kadang ada orang sekeliling kita ataupun kebiasaan ataupun pengalaman kita sebelum ini yang menyebabkan kita merasakan diri kita tidak mampu pergi jauh.

Saya bagi contoh situasi ini seperti seekor katak yang diikat kakinya dalam kotak yang kecil yang lutsinar tetapi dibuka pada atasnya dan kakinya telah diikat agar tidak boleh keluar.Si katak berusaha untuk keluar menikmati dunia luar melalui lubang di atas kotak tersebut dengan melompat tetapi asyik gagal hinggalah akhirnya dia berputus asa.

Setelah beberapa bulan kakinya dibuang talinya.Tetapi kali ini katak tadi tidak berusaha keluar.Dalam mindanya dia telah menerima dia hanya mampu melihat dunia luar dari dalam kotak kecil itu sahaja.Sedangkan andai dia berusaha untuk kali ini dia akan mampu keluar menikmati dunia luar yang lebih luas dengan sekali lompat sahaja.

Begitu juga dalam kehidupan kita .Tali pengikat si katak  itu seumpama kebiasaan kita ,mungkin juga orang sekeliling kita atau apa-apa sahaja yang mengongkong kita sehingga kita merasakan kemampuan kita setakat itu sahaja,tetapi kita tidak sedar sebenarnya kita masih boleh pergi jauh.Mungkin banyak lagi potensi diri kita yang tidak kita terokai. 

You will never know how high you can fly unless you spread your wing & fly!!!!

Wallhuallam.Semoga terus sucess kawanku .Doaku sentiasa untuk mu.-SAR


Nota:
Kalau rasa tak diperlukan di satu2 tempat tu, berhijrah lah.InsyaAllah akan ada yg lebih menghargaimu.. Bukan kah penghijrahan itu SATU RAHMAT?








P/s:
Terima kasih semua kawan-kawan NSSDC yang banyak memberi inspirasi .Moga bertemu lagi.






No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign