Mama Eyda: Erti bahagia ?

30 March 2014

Erti bahagia ?




“We can’t DIRECT the WIND,….but…we can DIRECT the SAIL”

Dalam menghadapi ujian kehidupan ,jangan kita ambil kerja TUHAN ,( DIRECT the WIND) tapi lakukan perubahan atau tindakan  pada sesuatu yang dalam kawalan kita (DIRECT the SAIL).InsyaAllah kita akan temui kebahagiaan.

Andai kita ambil kerja TUHAN ,pastilah menjadikan  kita akan stress melampau yang akhirnya merosakkan diri kita sendiri kerana ianya diluar kemampuan kita.

Dalam kehidupan ini  pastinya kita mengiginkan kebahagiaan.

Setiap orang memiliki persepsi berbeza tentang makna bahagia .Misalnya bagi orang  yang sakit melihat orang yang sihat itulah kebahagiaan yang dicari.Tetapi bila sihat mungkin dia akan memandang ada duit yang banyak itu makna bahagia yang sebenar,akhirnya pencariaanya tidak akan berakhir.

Orang  seperti ini sebenarnya rugi,dia meyerahkan hidupnya kepada orang lain,dia berharap pada benda yang diluar kawalan dia.

Sedangkan sebenarnya kebahagiaannya hanya di depan mata. Seperti kata Ar-Rumi:”Kita mencari kalung permata dari satu ruangan ke ruangan yang sebenarnya ada di leher kita sendiri.” 

Apakah  sebenarnya bahagia?

Kebahagiaan sebenar adalah dari dalam ke luar(inside-out).Sebagaimana firman Allah s.w.t:”Ketahui dengan mengingati Allah ,hati akan menjadi tenang”Al-Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:“Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kaya hati”.Kaya hati bermaksud hati yang tenang ,lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki dan bersyukur dengan apa yang ada ,sabar dengan yang tiada.

Sedar hakikat hamba

Kita tidak boleh lari dari ujian kerana kita adalah seorang hamba.Inilah hakikat yang kita perlu sedar sudah tentu seorang hamba tidak akan terlepas dari diuji.Sentiasa berbaik sangka dan tidak menyalahan Allah S.W.T di atas yang berlaku.

Sebaliknya kita berkata:
“innalillahi waiina ilaihi rajiun,sudah berlaku janji Allah s.w.t &Allah s.w.t lebih besar dari masalahku ini”.

Subhanallah

Alangkah bahagianya andai kita boleh mengucapkan kata-kata ini dikala ujian menimpa dengan hati merasai kehadiran Allah dan sedar hakikat kunci setiap masalah ditanganNya.Adukan pada-Nya,ceritakan satu persatu kepadanya ,terutama  sekali selepas solat ,lebih baik lagi selepas solat malam.

InsyaAllah kita tidak akan rasa ujian yang kita hadapi besar,dan terasa lapang hati  kita untuk  mencari penyelesaian.

Firman Allah s.w.t:”Ketahuilah dengan mengingati Allah akan tenag hati itu”(Ar-Ra’d:28)

Jangan rasa memiliki dan dimiliki

Memiliki bermaksud kita anggap harta ,anak dan lain-lain milik kita .Sebenarnya semua ini hanyalah amanah Allah.s.w.t .Andai kita sedar hakikat ini ,sekiranya Allah s.w.t menarik nikmat yang dibagi kita tidaklah ralat.

Juga kita tidak merasakan kita dimiliki oleh sesiapa tetapi hanya milik Allah s.w.t ,insyaAllah kita akan menjaga diri dengan baik dan tidak mencederakan diri sendiri.Misalnya seorang isteri yang bercerai dengan suami ,dia tidak akan membiarkan kebahagiannya dibawa pergi oleh suaminya juga,tetapi dia akan bangkit dan hidup dengan gumbira.

Bahagia  atau tidak adalah pilihan kita sendiri.

Jangan menyalahkan orang lain setiap apa yang berlaku,muhasabah diri kita sendiri.Lakukan perubahan dalam circle kita.Maksudnya ubah dalam linkungan kawalan kita yang lain-lain serah pada Allah s.w.t.Doakan Allah aturkan yang terbaik pada dunia & akhirat kita.Serah kepada  Allah sepenuhnya .

“Siapa yang bertawakkal kepada Allah,maka Allah akan mencukupinya”(Ath-Thalaq:3)

Ubah persepsi kita akan makna bahagia mengikut al-quran & as-sunnah->positifkan emosi -> insyaAllah tindakan kita juga akan positif.InsyaAllah-SAR


 Nota:
Hasil tulisan ini gabungan nota saya catat dalam program "BAHAGIA & MEMBAHAGIAKAN -CELIK FAMILY ,29/12/13,PWTC"sesi ke-3 bersama ustaz Pahroi.Sekadar berkongsi dan simpanan sendiri,moga ada kebaikan untuk semua.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign