Mama Eyda: Seni menegur

21 March 2014

Seni menegur

Teks: Nor Raidah Rashid

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah




" Jangan kita bagi  nasihat  kepada orang yang tidak suka/sayang kita.... ",kata Prof Muhaya.

Saya tertarik dengan kata-kata ini.Iyerlah kalau orang tidak suka pastilah apa-apapun yang kita nasihatkan hanya akan masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja.Tetapi nak biarkan ia melibatkan orang yang dekat dengan kita contohnya adik-beradik ,ibubapa atau ipar duai yang mana nak atau tidak mereka adalah sebahagian daripada kehidupan kita.

Saya teringat satu topik dalam sebuah buku yang saya dah tidak ingat tajuknya.Dalam buku ini menceritakan setiap orang ada akaun positif / atau negetif akaun terhadap seorang yang lain .Sebagai contoh: Si A pernah melukakan hati Si B.Sudah  pastinya akaun negetif Si A dalam simpanan akaun  si B akan bertambah ,begitu jua sebaliknya.

Kita gunakan teori ini dalam kita menegur orang.Sebelum menegur orang cubalah berbaik-baik dengannya dulu.Misalnya dengan memberi hadiah atau apa saja yang boleh meningkatkan akaun positif si dia(orang yang ingin ditegur) terhadap anda dahulu,apatah lagi andai anda pernah melukakan hatinya sebelum ini.

Setelah anda  rasa yakin si dia semakin boleh menerima teguran anda dan masa yang sesuai ,bolehlah perlahan-lahan menegur akan sikapnya tetapi lakukanlah ia dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang.InshaAllah lama kelamaan hatinya mudah untuk menerima teguran anda .Disamping doa dan juga tawakkal,bukankah hati manusia semua di tangan Allah SWT !

"Tahukah kalian tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan ? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan sabda Rasulullah SAW adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan silaturrahim sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan (siksaan) bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan"(HR Ibnu Majah)

Barangsiap yang senang dipanjangkan umurnya,diluaskan rezekinya dan dijauhkan dari kematian yang buruk maka hendaklah bertakwa kepada Allah dan meyambungkan silaturrahim "
(HR Imam Bazar,Imam Hakim)

Subhanallah hebat betul ganjaran untuk orang yang menghubungkan silaturrahim ini kan.Jom rebut peluang ini.InshaAllah.Senyum-SAR




                                                          [kredit]




Orang yang ikhlas akan melihat teguran sebagai surat chenta dari Tuhan, bukannya kedengkian atau ancaman.




Nota:Dakwah bermula dengan rasa tanggungjawab.




What you FOCUs will EXPAND,So think positive and make the right choice for the better live!! 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign