Mama Eyda: Anak kecil degil dan naik kepala.

19 March 2014

Anak kecil degil dan naik kepala.

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah




"Ibu nak juga ......".

Kelihatan seorang budak kecil makin kuat menangis dan mengamuk kerana inginkan barang yang diletakkan di tempat casher.

Ibunya kelihatan semakin kalut tetapi tetap tegas tidak mahu memenuhi permintaan anaknya.Lagipun barang yang si kecil inginkan barang yang tidak sesuai untuk budak kecil.

Kesian kepada si ibu tersebut.Saya dan suami cuba juga memujuk tapi tidak juga berjaya.Akhirnya ibunya terpaksa mengalah memandangkan tangisan anaknya agak kuat dan segan dengan pengunjung-pegunjung tesco yang sedang membayar barang belian mereka.

Teringat pula   pesan Ibu Rose dalam fanpage dia,andai anak-anak kecil bersikap begini.

Pertama : Walaupun kita menyayangi anak-anak  kita tetapi tidaklah bermaksud kita mesti mengikut segala telunjuk mereka.

Sekiranya anak meragam kerana inginkan barang berguling-guling di lantai kedai ,angkat dia dan bergerak dari situ .Jika dia meronta-ronta pegang dia dengan kemas-kemas.Elakkan dari membebel ,menengking walaupun ketika itu anda mahu sahaja memukulnya adar dia diam tetapi cuba elakkan dulu. 

Cuma tinggikan sedikit suara untuk dia faham anda mahukan ' in-charge ' dan bukannya dia.Sekarang ini dia sedang power struggle dengan anda.Lagi anda tenang lagi mudah anda mengawalnya.Lagi anda serabut,lagi mudah dia mengawal anda.


Oleh itu,tarik nafas dan pada ketika itu ,nyatakan TIDAK dengan tegas tapi tidak perlu menengking.Andai dia terus meragam,biarkan dulu.JIka ada air ,bacakan doa dan basuhkan mukanya.Air boleh menenangkan.Bila dia tenang ,barulah jelaskan mengapa mengapa anda tidak mahu menurut kehendaknya.

Jika tidak juga tenang ,bawa balik dan lakukan sesuatu yang berbeza untuk menukar keadaan 'state' dirinya.Selalu yang menjadi masalah dan memanjat kepala ialah ketidaktegasan.Sekejap boleh,sekejap tidak.Mula-mula tidak beri ,tapi bila mengamuk dan meragam ,lalu diikutkan kehendaknya .Lama-lama si anak sudah tahu strategi apa yang dia hendak menggunakan kepada ibubapa.-SAR


Remember being firm is about being loving.
Ingat, ketegasan ialah kasih-sayang.




#Keep Pray For MH370


Salam Sayang 

Mawar Puteh
19032014
08.26AM 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign