Mama Eyda: 3 Cara Untuk bersyukur

30 March 2014

3 Cara Untuk bersyukur


Usrah hari ini xramai yang dapat hadir,masing-masing sibuk dengan mesyuarat & sebagainya.Tambahan pula tika ni waktu makan tengah hari.Tapi usrah tetap berjalan seperti biasa.

“Hadith ke -20 dah habis  kita bincang hari ini,ada apa-apa persoalan x?”Tanya Ust.

Inilah rutin mingguan ku sejak saya bekerja di sini,setiap hari selasa ,waktu masa rehat tengah hari sekiranya berkelapangan saya turut serta dalam usrah yang diberi pengisian oleh ust Prof Mohd Yusuf Bin Ahmad,salah seorang pensyarah tetap di OUM Hq ini.Hadith 40 dijadikan sylibbus usrah.

Dah dekat pukul 2 rupa-rupanya.

“Saya nak tanya soalan ,tapi xde kene mengena dengan tajuklah .Macammana  cara kita nak menunjukkan kita syukur pada Allah?Cukup ke dengan kita ucapkan syukur saja”

Ust menutup kitab hadithnya.

”Sebelum tu kita mesti tahu dahulu maksud syukur. Syukur (Ar:asy-syukr = ucapan, perbuatan, dan sikap terima kasih atau al-hamd; pujian). Dalam ilmu tasawuf : ucapan, sikap dan perbuatan terima kasih kepada Allah SWT dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan kurnia yang diberikan-Nya.

Cara kita kepada Allah ada tiga: (1) bersyukur dengan hati, iaitu kita mengakui dan menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat yang diperolehi berasal dari Allah SWT dan tiada seseorang pun selain Allah SWT yang dapat memberikan nikmat itu; (2) bersyukur dengan lidah, iaitu kita mengucapkan secara jelas ungkapan rasa syukur itu dengan kalimah al-hamd li Allah (segala puji bagi Allah); dan yang terakhir  (3) bersyukur dengan amal perbuatan, iaitu mengamalkan anggota tubuh untuk hal-hal yang baik dan memanfaatkan nikmat itu sesuai dengan ajaran agama.Yang dimaksud dengan mengamalkan anggota tubuh ialah menggunakan anggota tubuh itu untuk melakukan hal-hal yang positif dan diridai Allah SWT, sebagai perwujudan dari rasa syukur tersebut. ”

Ust melihat  jam tangannya.

”Oklah dah pukul 2 petang.Setakat ini dulu usrah kita pada kali ni,jumpa lagi minggu depan .InsyaAllah”

Yang saya dapat simpulkan dari penerangan ust , wujud syukur kepada Allah SWT yang nyata ialah melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah SWT.


Surah ibrahim ayat 7 yang bermaksud "....Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu dan jika kamu ingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." 


Note;

Di atas sedikit ilmu dari pengisian usrah saya minggu lepas.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign