Pages

Chekup Amna 9 Bulan Klinik Desa Pandan

Chekup Amna 9 Bulan Klinik Desa Pandan



Amna & ayoh cik 

Sengih- sengih tengok kawan nangis naik atas penimbang 

Dia seperti biasa rileks je ahaha.Cucuk pun wat derk je.

Alhamdulillah..
Dah 9 bulan anak akak yang bongsu . Cepat nya ,  besar dah awak .

Macam- macam dah pandai .

Yang terbaru  masuk je 9 Bulan ,dah pandai merangkak dan jalan sekaligus.

Awal sangat awak nih.

Penatlah ibu mengejar lepas nih.Ok, lah asalkan  sihat.

Bila dalam fasa nak jalan nih. Risau satu je , takut abangnya tolak . 

Kadang abangnya nak gurau tapi tak pandai lagi. Baru 3 tahun lebih si abang.

Adik pun jalan laju  bila nampak abangnya . Mulalah badan tak stabil.

Risau juga jatuh kepala .Dah lah lantai mozek huhu.

Sempatlah tanya nurse chekup kali ni. 

Biasanya umur berapa anak faham tak boleh masuk barang dalam mulut?, katanya dalam setahun biasanya anak faham dah kita tegur.

Harap- harapnya macam tu lah.

Tiga kali dah nih hampir telan benda kecik.Rezeki Allah bagi ilham . Nampak pelik je mulut dia macam mengunyah cepat- cepat chek .

Letih , takut , risau macam - macam lah ada ketika fasa nih.

Moga Allah lindung dari benda tak elok.

Bestnya chekup petang tak perlu tunggu lama- lama.Sampai je terus panggil dan cucuk untuk 9 bulan.Alhamdulillah.Berat dah 6.8 kg.Keluar dah dari garisan kuning. 

Sebelum ni masuk garisan kuning.Ni dah macam- macam makan ,cepatlah naik  badan dia.Memang tak memilih sungguh makan yang nih .

Jumpa untuk cucuk setahun pula yea nurse.

Love, 
Eyda Rashid
Ibu yang sedang belajar bersabar


 12.11.2018  Abi kena langgar

12.11.2018 Abi kena langgar

Selepas tidurkan anak.Inchik suami pulang kerja dengan berdarah .

Allahuakbar!
penuh  darah , kenapa ni Bie? 

Panik lah akak.Blurr pun ada.

Katanya kena langgar dengan kereta.Rezekinya dia tak naik laju ketika tu sebab baru je lepas tol.Tapi dengan naik motor jatuh bergulinglah juga berapa kali.

Alhamdulillah ..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Suami tak patah pape.

Tak sangka pula berlaku kat suami sendiri kali ni.Kereta yang langgar bukannya tolong.

Tapi lariiii!

Dulu tengok je dalam video orang kemalangan bergolek atas tar.Kali ni berlaku kat diri sendiri si suami kata.

Banyak kali golek pula tue, bengkak juga  lah kaki sebab nak tahan dari terus bergolek terkena divider jalan.

Allahu..macam mimpi pun ada.

Alhamdulillah bila xray dekat Columbia Puchong takde pape serius sekadar bengkak je lutut .

Doktor  bagi antibiotic dan lain - lain nak bagi cepat sembuh luka dan kurangkan bengkak.Boleh tahan juga berdenyut.

Semoga cepat sembuh.Kami sayang abi.



Love,
Eyda Rashid
12.11.2018




Anniversary Ke-5

Anniversary Ke-5

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Hari ni genap 5 tahun perkahwinan kami.

Dalam 5 tahun ni apa yang saya belajar .

Bersabar..
Bersabar..
Bersabar..

Bukan hanya bersabar dengan pasangan, anak- anak dan orang lain malah dengan diri sendiri.

Untuk mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan.

CINTA dan TANGGUNGJAWAB mesti berjalan seiring.

Cinta tanpa tanggungjawab ,lama kelamaan akan pudar. 

Tanggungjawab tanpa cinta akan hilang seri rumahtangga.

Alhamdulillah tahun ke-5.Tahun ni  lahir anak yang ke-2. 

Dah nak bulih jalan .Bila si adik bergurau dengan si abang macam budak besar dah .

Cepatnya masa.

Maka, tahun ni hampir 3 tahun saya ‘resign ‘ tanpa hutang . Alhamdulillah.

Ambil keputusan untuk jadi surirumah sepenuh masa bukan satu yang mudah.

Biasa pegang duit sendiri dan jenis suka berkawan .Bila duk kat rumah ni agak blur pada mulanya , down pun nya.

Ditekan- tekan pula dengan orang sekeliling.Belajar bagai nak pecah otak , simpan sijil ahaks.

Bila orang tanya kerja apa? Awal dulu segan juga nak jawab.Ramai yang teka cikgu.Ada gaya cikgu kot.

Entahlah , mungkin juga.Sebab umi saya cikgu.Berjangkitlah sikit gaya dia.Anak sulung perempuan kot.Rapat ngan umi.

Lembut tapi tegas pun berjangkit dengan umi.

Tapi, bila fikirkan anak- anak masih kecil . Dan sayang setiap moment penting mereka berlalu begitu je . Tutup mata jalan terus.

Macammana saya dapat kekuatan?

Haaa ni dia .Buku ni ,Formula Tarik Rezeki. Boleh download di SINI .

Banyak saya belajar memahami konsep rezeki dan belajar yakin dengan rezeki Allah.

Ketika nak down saya buat task yang diberi.

Malah group support yang hampir 6000 orang banyak membantu memberi semangat , idea dan juga doa .

Seperti kata Ustaz Pahroi ,"Allah dekat , kita yang sering menjauh".

Bila yakin rezeki sebenarnya  dari Allah.

Majikan ataupun suami hanyalah posmen rezeki-Nya.

Malah , mereka juga  menumpang rezeki kita alhamdulillah satu persatu impian tercapai .  

Allahuakbar!  Rasa nak nangis pun ada.

Tahun pertama resign anak pertama lahir.

Tahun kedua direzekikan membeli rumah .

Tahun ketiga kereta lebih selesa. 

Dan tahun 2018 lahirnya anak ke 2.

Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga tidak putus-putus.

Kerja balik? Buat masa ni tak terfikir lagi. Mungkin pilih kerja fleksibel dengan masa.Wallahuallam .

Semoga perkahwinan ini makin mendekatkan diri pada Allah dan juga kasih sayang antara ahli keluarga makin erat.

———-

Terima kasih abang  .Penat  lelah dan pengorbanan abang untuk keluarga tak mampu kami balas .Hanya Allah yang layak membalasnya.

Happy Anniversary ke-5.

Love,
Eyda Rashid











 Resepi Ramadhan:Resepi Nasi Ayam Mudah

Resepi Ramadhan:Resepi Nasi Ayam Mudah

Resepi ni simple je , yang biasa saya buat. Mudah nak buat . Sesuai sangat kalau tetamu ada anak kecil . Semua orang boleh makan.


Bahan-bahannya :
Bahan untuk ayam (direbus) :
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam (Kadang saya letak kuah sup je terus) 
2 sudu besar butter

Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia(Kadang tak letak)
1 sudu besar cuka
3/4 sudu  teh garam
2 sudu teh gula
kuah sup 1/2 bahan 

Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
Rempah sup bunjut
Garam
Bawang merah & bawang putih digoreng hampir garing .(Masukkan dalam sup dengan sedikit minyak dia)

Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:
Untuk ayam:
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Untuk nasi :
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter .Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Untuk sup :
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, dan masukkan garam secukup rasa. Masukkan bawang yang digoreng dan hirisan daun sup.

Untuk sos :
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Untuk kuah kicap :
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Selamat mencuba.

Love,
Eyda Rashid

P/s:

Resepi Jemput Pisang

Resepi Jemput Pisang

Balik kampung umi bagi pisang . Takde  siapa nak makan katanya.
.
Umi pula suka berkebun . Hasilnya bagi kat jiran .Tak pastilah siapa warisi tangan sejuk dia.Tanam apa pun jadi.
.
Ok ni resepi jemput pisang yang biasa saya buat .
.
Bahan-bahan:
500 gram pisang emas 
1 cawan tepung gandum (200gram )
1 sudu teh garam halus
2 sudu besar gula
.
Cara-cara:
.
Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul.Nak mudah blender je .Masukkan garam dan gula.
.
Kemudian masukkan  gandum sedikit demi sedikit.
.
Jangan masukkan tepung gandum sekaligus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza beza dan bergantung pada kuantiti pisang.
.
Jika adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit.
.
Jemput adunan menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.
.
Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok sehingga bahagian luar perang dan rangup.Angkat dan hidangkan.
.
Tip:
Pastikan pisang emas yang digunakan cukup ranum.
Pastikan jemput tidak berlalu besar untuk mendapatkan saiz cekodok yang kecik, rangup dan sedap..
.
Love,
Eyda Rashid
.

.
.
****************
.
.
Anda tak rasa ke rezeki sempit, rezeki susah nak datang dan bisnes pun down sebab takde connection dengan Allah ?
.
Saya ada jalan penyelesaiannya . 
Izinkan saya bantu anda. 
.
Download E-Book dengan klik link =>>SINI

Formula Rezeki Melimpah:Skrip Doa

Formula Rezeki Melimpah:Skrip Doa

Okeh, kali ni nak share skrip doa agar doa kalian mudah dimakbulkan .Ni yang saya  belajar dari Hajar Abdullah .
.
1. Gunakan perkataaan positif: 
.
Misalnya  tukar perkataan ‘murah’ rezeki kepada  ‘lipat gandakan ’ rezeki.
.
 Contoh skrip doa,“Ya Allah.. lipat gandakan rezekiku
.
2. Imagine dan rasakan apa yang kita hajati:
.
Masa berdoa bayangkan apa  benda kita nak , sambil rasa( feel ).Skrip pula datang dari bicara hati.
.
Bayangkan impian .Misalnya kita nak beli kereta  sekian sekian .
.
Pergi show room .
.
Test drive kereta kita nak untuk datangkan  rasa ( feel) jadi  mudah nak bayangkan masa berdoa. 
 .
3.Ikuti adab berdoa:
.
Mulakan doa dengan memuji Allah. 
Diikuti dengan selawat .
Kemudian, bersyukur diatas nikmat yang dah diberi.
Mintak yang akhirat dahulu ,barulah yang dunia. 
Akhir sekali .. tutup doa kita dengan pujian  dan selawat .
.
Ada yang bertanya kat saya .Dah buat amalan murah rezeki tapi  kenapa tak makbul lagi doa saya?
.
Allah s.w.t lebih tahu dari kita mana yang lebih baik.Tak bermakna dia tak nak bagi .Mungkin  masa belum sesuai.Mungkin juga kita tak mampu nak tanggung lagi buat masa sekarang.
.
Jangan putus asa! InshaAllah sampai masanya nanti doa kita akan dimakbulkan.
.
Love,
Eyda Rashid
.
.
****************
.
.
Anda tak rasa ke rezeki sempit, rezeki susah nak datang dan bisnes pun down sebab takde connection dengan Allah ?
.
Saya ada jalan penyelesaiannya . 
Izinkan saya bantu anda. 
.
Download E-Book dengan klik link 
SINI






Resepi Baby Crab Goreng Tepung Mudah

Resepi Baby Crab Goreng Tepung Mudah

Teks:Eyda Rashid

Haa ..Baby Crab Rm15 sekilo.
.
Balik terus gaul dengan rempah kari, sedikit cili boh, bawang putih ditumbuk, kunyit dan garam.
.
Perap sekejap.
.
Bancuh tepung gandum dan tepung beras .Bila nak goreng celup dalam bacuhan tepung 
.
Tadaa..Siap! 
.
Nak mudah lagi guna tepung segera jenama bestari je.



Love,
Eyda Rashid
.
.
****************
.
.
Anda tak rasa ke rezeki sempit, rezeki susah nak datang dan bisnes pun down sebab takde connection dengan Allah ?
.
Saya ada jalan penyelesaiannya . 
Izinkan saya bantu anda. 
.
Download E-Book dengan klik link 
SINI




Hai! Saya Eyda

Hai! Saya Eyda

Hai! Assalamualaikum



Angin tulis blog datang balik.Rasa rugi pula tak catat semua yang berlaku kat sekeliling. .
.
Nak2 lagi bila tengok perkembangan anak2 .Sayang jika  ‘moment’  tu tak dicatat untuk kenangan masa hadapan .
.
Boleh panggil  Eyda.Ibu anak dua.Berasal dari Kelantan .Kini menetap di Shah Alam .
.
Study dulu bidang Kejututeraan Eletrik ( Sistem Kuasa ) .Sempat kerja 3 tahun . Berhenti kerja bila dapat anak pertama. 
.
Kini memilih menjadi WAHM .
.
Sempatlah bertemu jodoh dengan engineer eletrik juga.Alhamdulillah dah ada 2 orang anak .
.
Minat membaca dan menulis bila ada masa terluang .
.
Salam perkenalan uolss?

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Catatan Nor © . Designed by MaisarahSidi.com